Aghh..lama tul tak update jurnal ni, dulu ingat nak tulis selalu tapi apakan daya sibuk dengan dunia...Lagipun streamyx aku buat hal lah.
Sekarang dah ada kereta, walaupun buruk tapi aku asyik dengan kereta ni, nak tintedlah, beli radio lah...hahaha..padahal aku tak bekerja pun. Masih lagi melepak kat umah jadi penganggur yang tak boleh diharap...
Bukan aku tak mahu merancang masa depan, tapi terlampau banyak sangat pilihan untuk dibuat, mak ayah suruh aku belajar semula, abang-abang suruh aku meniaga dengan dia... Kawan-kawan plak ajak aku kerja ngan diorang...Dan banyaklah sedara mara yang bagi kerja gomen kat aku. Tak tahulah..susah untuk aku membuat keputusan...
Sebenarnya, kalau boleh aku ingin berehat lagi sebulan sebelum menentukan apa yang perlu aku buat...Menghayati segala keindahan hidup ni, mendalami lagi ilmu agama yang sedia cetek ini supaya bertambah-tambah kekuatan iman, islam dan ihsan, melatih diri daripada mengikut segala kemahuan nafsu, ya..aku ingin mendekatiNya bersama dengan kekasih-kekasih dan ahli-ahliNya.